GE1155:Komputer Dalam Pendidikan

Kelas pertama hari ini (19 julai 2010). Seronok rasanya. Kali pertama belajar buat blog. Sebelum ini teringin nak buat blog tetapi tidak ada orang yang ingin mengajarnya. Apabila masuk ke kelas ini rasa seronok yang teramat sangat sebab belajar sesuatu yang baru. Pensyarah pun baik dan suka membantu pelajar yang terpinga-pinga dan tidak tahu apa-apa (seperti saya.. hehe..).  Bagi pendapat saya kelas komputer dalam pendidikan ini sangat membantu pelajar yang kurang celik dalam bidang IT. Tambahan pula, kelas ini adalah untuk bakal-bakal guru. Sejajar dengan kehendak kerajaan yang ingin guru-guru celik IT untuk menjadi lebih berilmu pengetahuan daripada pelajar-pelajar masa kini. After all, I like this class. huhu.. ^_^

Ini saya sertakan perkara penting dalam kursus ini…

Sinopsis Kandungan Kursus:

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru pelatih.  Kandungan  kursus ini merangkumi  WEB 2.0,  Microsoft Office, Open Office dan perisian penyelidikan pendidikan.  Kursus ini  dikendalikan secara kuliah dan tutorial/amali di makmal komputer.

Hasil Pembelajaran:

  1. Setelah mengikuti kursus ini, pelajar berkeupayaan:
  2. Berkeupayaan mendaftar dan menggunakan pelbagai perisian web 2.0
  3. Berkeupayaan menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan internet, komputer
  4. Berkeupayaan menjelaskan  dan mengaplikasi etika berinternet dalam komunikasi
  5. Berkeupayaan menguruskan dan menyenggarakan keselamatan komputer
  6. Berkeupayaan menggunakan alat komunikasi berperantarakan komputer  dalam pendidikan (Sistem Pengurusan Pembelajaran – Learning Management System; e-mel, kumpulan perbincangan elektronik; enjin pencarian, pangkalan data dalam talian) dengan baik dan beretika
  7. Berkeupayaan membangunkan  dan menyenggarakan laman web blog dalam pendidikan dengan baik dan beretika
  8. Berkeupayaan menghasilkan brosur risalah dan buku program menggunakan    menggunakan perisian pemproses perkataan Words  & Publisher  secara kreatif dan inovatif
  9. Berkeupayaan menghasilkan  persembahan multimedia untuk pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian PowerPoint   secara kreatif dan inovatif
  10. Berkeupayaan menghasilkan  pangkalan data mudah untuk pengurusan rekod pelajar dalam kelas  menggunakan perisian pangkalan data Access
  11. Berkeupayaan menghasilkan   hamparan  markah dan gred pelajar dan pengurusan kewangan menggunakan perisian Excel
  12. Berkeupayaan menghasilkan  membuat pengekodan borang soal selidik  dan memasukkan data menggunakan perisian SPSS

Kaedah Penilaian:

Projek/tugasan:                 60 %

Peperiksaan Akhir:             40 %

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran:

Kuliah, praktikal/hands-on, e-pembelajaran, pembelajaran berasaskan masalah, pembeajaran kolaboratif.

Hari/Masa Kuliah/Tempat:

S1K2 –  Isnin –  2.00 – 5.00PM:  Makmal 3

Tarikh-Tarikh Penting:

Perkuliahan: 12 Julai – 8 September 2010

Cuti Pertengahan Semester: 9-19 Sept 2010

Perkuliahan: 20 September -22 Oktober 2010

Cuti Ulangkaji: 25 Oktober – 14 November 2010

Peperiksaan: 25 Oktober – 14 November

Pensyarah:

Bilik:  Tel/E-mail:

Perkuliahan: 12 Julai – 8 September 2010

Cuti Pertengahan Semester: 9-19 Sept 2010

Perkuliahan: 20 September -22 Oktober 2010

Cuti Ulangkaji: 25 Oktober – 14 November 2010

Peperiksaan: 25 Oktober – 14 November

Pensyarah/Bilik/ Tel/E-mail:

  1. Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin – ge1155@yahoo.com (Penyelaras Kursus & Set 1;  pensyarah S1K3, S1K4)
  2. Dr Rosseni Din – rosseni@yahoo.com (Penyelaras Set 2; Pensyarah S2K1 & S2K2)
  3. Pn Norsakinah Mohamad – nsakinah@yahoo.com  (pensyarah S1K3, S1K4)
  4. Cik Aida Karim – fakeh2000@yahoo.com (pensyarah ; Pensyarah S2K1 & S2K2)
  5. En. Mohd Yusof Daud – mdyusoffdaud@gmail.com (pensyarah S1K1 & S1K2)

Rujukan Utama:

Atkinson, C. 2005. Beyond Bullet Points: Using Microsoft PowerPoint to Create Presentations That Inform, Motivate, and Inspire.  Microsoft Press.

Hendron, G. H. 2008. RSS for Educators: Blogs, Newsfeeds, Podcasts, and Wikis in the Classroom. Boston: International Society for Technology in Education

Shelly, G. B.,  Cashman T. J.,  Gunter G.A. & Gunter R. E. 2005. Teachers Discovering Computers: Integrating Technology and Digital Media in the Classroom, Fourth Edition . Boston: Course Technology.

Sharp, V. 2008. Computer education for teachers: integrating technology into classroom teaching. (6th ed.) Boston: McGraw-Hill.

Richardson, W. 2006. Blogs, Wikis, Podcasts, and Other Powerful Web Tools for Classrooms. New York: Corwin Press

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: