About Me

Bismillahirahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Saya tidak tahu nak tulis apa kat dalam page about me ini. Maklumlah baru buka blog. Blog ini pun lecturer yang suruh buka kalau tidak jangan haraplah. Ok lah saya mulakan dengan maklumat peribadi dan terkini.

                                                                   

Nama diberi Fathin Amira binti Lotfi ‘Amer sama dengan yang tertera di ic. Kawan-kawan saya panggil saya fathin, kadang2 ada yang  panggil saya mira ataupun amira sebab diorang kata orang yang bernama fathin banyak sangat. Kalau kat sekolah dulu masa form 3 kawan-kawan panggil saya dengan panggilan kucing ataupun meoww.. Lucukan..(^_^) Panggilan ini bermula pada suatu hari di dalam kelas 3 Dinamik di mana semasa itu awal tahun persekolahan, saya ternampak kucing dalam kelas itu so saya main la dengan kucing itu tiba-tiba tidak semena-mena seorang teman sekelas ternampak, langsung nama meoww atau kucing itu terlekat pada saya… Teman sekelas itu namanya Calvin. Saya tidak tahu sekarang dia di mana…lost contact pulak dengan dia… Kawan-kawan MRSM Kuantan pula, panggil saya Pooh. Diorang kata muka saya macam cartoon pooh itu… Macam2 kan. Itu la kenangan yang terindah pada zaman sekolah. Kalau kat rumah pula family especially arwah atuk panggil saya atin. Maklum la cucu kesayangan atuk lah katakan. Saya lahir pada 24 November 1991 di Ipoh, Perak… Orang Ipoh ini..hehe.. Saya berbintang Sagitarius …Sekarang saya telah menjadi mahasiswi Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia atau singkatannya UKM.. macam tak percaya je kan… sudah la interview nak jadi cikgu hari itu macam entah apa2 je… Ini la dinamakan rezeki kan.. Alhamdulillah.. Saya ambil pendidikan mathematics dan minor physics. Semoga saya dapat pngk dan pngs 4.0 kan… boleh dapat anugerah dekan ini…amin…

Ok habis pasal maklumat saya, kita beralih pulak tentang keluarga saya. Keluarga saya tidak la sebesar mana pun seperti orang lain. Saya ada 5 orang ahli keluarga iaitu saya , mak, abah, adik lelaki dan adik perempuan. Abah bernama Lotfi ‘Amer bin Hj. Abd. Hamid. Umur terkini 47 tahun dan lahir pada 9 ogos 1963. Berbintang Leo. Abah nampak je macam baik tetapi tegas…Saya nak keluar malam pun dia tidak bagi. Kalau nak beli barang-barang yang mahal mesti kena beritahu dia…Kalau saya ada boyfriend, boyfriend itu mesti kena jumpa dia dahulu… Maklum lah abah tak nak saya bergaul dengan orang yang salah… Abah juga alumni UKM… Itulah saya dan abah geng sebab dapat universiti yang sama.. huhuhu… Kalau mak pulak orang lain panggil dia ajah tetapi nama yang tertera di ic adalah Noraizah binti Mostafa…Mak baru 44 tahun pada tahun lepas maklumlah mak lahir pada 28 oktober 1965.  Mak seorang yang lemah lembut, sopan santun, cantik atau senang cerita mak macam perempuan melayu terakhir.. tak macam saya ini yang ganas dan gila-gila… Kadang2 ada terfikir nak jadi macam mak… tetapi tidak dapat nak menolongnya..hahaha..mak seorang guru di SMK Jalan 3, B.B.Bangi…cikgu matematik katakan macam anak dia ni bakal cikgu matematik dan physics…huhuhu…

Kalau adik lelaki pula bernama Hafiz… dia seorang budak yang baik dan paling bijak dalam keluarga.. memang ada ciri-ciri lelaki idaman gadis-gadis lah…sekarang ini dia sekolah di SEMASHUR atau nama panjangnya SBP Hulu Selangor. Kadang2 rasa rendah diri pula kat adik seorang ini sebab dia terlampau baik sangat macam malaikat…. Adik perempuan pula bernama Farah… adik ini ceria sangat dan comel dan cantik daripada saya…(*rendah diri lah pula*). Dia baru tingkatan 2…muda lagi lah katakan..huhu..sekolah pun sama dengan mak….seorang yang manja juga. Maklumlah anak bongsu lah katakan….hehe…Itulah serba sedikit latarbelakang keluarga saya…kalau nak tahu secara mendalam mari lah datang rumah di seksyen 5, Bdr Baru Bangi…ataupun add facebook saya at complicated_nov@yahoo.com

Maklumat diri sudah… maklumat keluarga sudah…apa lagi yang saya nak share dengan korang ye……….. hmm………….hah… kegemaran tak share lagi kan…Ok la kalau nak tahu makanan kegemaran saya adalah mee tak kira lah mee goreng ke… mee sup ke…. mee maggi ke…. asal ada perkataan mee di depan..saya suka….kalau minuman pula saya suka milo ais… macam budak2 kan… music saya suka lagu yang sedap didengar…. tenang dan mendamaikan…hehehe… (^=^ )v. Kalau favourite cartoon tentulah spongebob squarepants.. Itu jelah kot …

Last sekali, atas permintaan ramai saya beritahu lah lelaki idaman saya… Saya ini tidak lah memilih sangat.. Saya suka yang biasa2 je asal dia baik, beriman kepada Allah, dapat bimbing saya, hormat keluarga saya, setia dan sayang saya sangat2… itu pun sudah memadai…. senang cerita macam watak adam dalam drama adamaya di TV3 itu…. hehehe…

3 Comments (+add yours?)

  1. Rozaidah
    Aug 02, 2010 @ 02:15:38

    weih fathin cun eeh XD

    Reply

  2. taigacom
    Aug 04, 2010 @ 16:30:07

    poyo..hahaha

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: